◉ HEADLINES

Bapa penyerang Liverpool diculik, kawasan pencarian diperluas: Polis Colombia

Polis Colombia menawarkan wang ganjaran kira-kira £39,000 (US$47,300) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penemuan Luis Manuel Diaz

7:50 PM MYT

 

LONDON – Kawasan pencarian bagi operasi mencari Luis Manuel Diaz yang diculik kini diperluas ke kawasan pergunungan di sebelah utara Colombia, merentasi banjaran gunung Perija dekat dengan sempadan Venezuela.

Bapa kepada penyerang Liverpool Luis Diaz itu dilaporkan diculik oleh individu tidak dikenali di Colombia.

Dalam kejadian itu isterinya turut diculik, bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan isterinya di Barrancas, namun Luis Manuel Diaz masih hilang. 

Polis Colombia menawarkan wang ganjaran kira-kira £39,000 (US$47,300) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penemuan Luis Manuel Diaz.

Pengurus pasukan Liverpool Jurgen Klopp dalam satu kenyataan berkata kelab berkenaan berharap kes itu dapat diselesaikan segera. 

Liverpool menandatangani kontrak dengan Diaz pada Januari 2022 membabitkan bayaran awal sebanyak £37.5 juta, termasuk potensi bayaran tambahan £12.5 juta. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related