Penggunaan frasa k****g pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak Khamis lalu hanyalah merujuk kepada petikan buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.