Projek pembinaan Plaza Tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan
Ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) tol menggunakan kad debit, kad kredit atau prabayar kini dijalankan di dua lebuh raya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)