HEADLINES

Jangan sampai saya bawa keluar ‘bom atom’, Sanusi dakwa ada lagi pendedahan

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah kehabisan modal selepas tiada sebarang ‘pendedahan’ dibuatnya semalam

10:00 AM MYT

 

JITRA – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa masih mempunyai satu lagi pendedahan besar berkait isu unsur nadir bumi (REE).

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga sempat berseloroh menyatakan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah kehabisan modal selepas tiada sebarang ‘pendedahan’ dibuat Menteri Dalam Negeri itu, semalam.

“Cerita REE kita tutup lah malam ini, Pudin (Saifuddin Nasution) jadilah (sudahlah). Hang habis dah modal. Aku ada satu lagi (pendedahan), kalau aku keluarkan esok (hari ini) kalau hang keluarkan (apa-apa kenyataan) esok, aku kunci.

“Jangan sampai saya bawa keluar (dedahkan) ‘bom atom’ itu. Kalau aku dedahkan (pendedahan baru) kalih (paling) muka ke belakang,” katanya dalam ucapan Jelajah Mega PN Best bersama Presiden PAS di Dataran Darul Aman, Jitra, malam tadi.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahya.

Dalam pada itu, Sanusi berkata, pejabat Riza Chalid juga sudah sedia di Alor Setar.

“Yang ni last punya. Kalau esok dia bercakap lagi saya nak tunjuk (di mana) pejabat Pak Riza,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa terdapat individu dari Indonesia dengan nama Riza Chalid mengatakan hasrat untuk membeli tanah yang mempunyai REE.

Saifuddin Nasution sebelum ini membuat pendedahan berhubung isu kecurian unsur REE dimana identiti seorang warganegara China dalam gambar yang dikaitkan dengan kegiatan REE bersama Sanusi dalam sebuah majlis.

Sanusi kemudiannya mengakui bahawa beliau pernah bertemu dan bergambar bersama warga China dikenali ‘Mr So’ dalam satu majlis sambutan Aidilfitri sebelum ini. – 3 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related