HEADLINES

Kita akan siasat sebelum keluarkan nama pemimpin, ahli Umno keluar parti

Ahli Umno yang namanya disenaraikan dalam kenyataan media semalam didakwa tidak tahu-menahu mengenai perkara itu

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan nama pemimpin dan ahlinya yang tersenarai dalam kenyataan media semalam, kononnya sudah meninggalkan parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) dan PAS.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu hanya akan dilakukan selepas siasatan dilakukan agar tidak menzalimi mana-mana pihak.

“Semalam kononnya disenaraikan ahli UMNO yang keluar parti. Hari ini seorang demi seorang buat penafian dan tidak tahu-menahu nama mereka dimasukkan dalam senarai.

“Sebab itulah saya mengarahkan ibu pejabat untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan nama mereka yang tersenarai daripada senarai keahlian UMNO sehinggalah disiasat dan diteliti,” katanya.

Jelas beliau lagi, sudah menjadi lumrah ‘politik cara lama’ setiap kali menjelang pilihan raya, pasti akan ada pengisytiharan keluar parti atau masuk parti sebagai salah satu kaedah perang psikologi.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar mengikut jejak langkah bapanya yang juga mantan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, keluar parti dan menyokong PN.

Turut keluar parti itu, tokoh dan mantan pemimpin Umno antaranya bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Sirajuddin Salleh; bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Datuk Mohd Ibrahim Abu Bakar dan bekas Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk, Datuk Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin.

Pengisytiharan keluar parti itu juga disertai seluruh ahli jawatankuasa Umno cawangan Cabang Tiga Haji Musa membabitkan 20 kepimpinan termasuk Afiq Amani yang menyebabkan jawatankuasa Umno cabang berkenaan terbubar. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

AGC refutes Tun M’s claim that Anwar’s royal pardon was invalid

Attorney General’s Chambers says full pardon followed constitutional process in 2018; Apandi affirms advice was given despite being on leave

New NFDP technical director sets blueprint to reduce reliance on naturalised players

Following heritage player fiasco, Ong Kim Swee focuses on developing homegrown talent

Related