HEADLINES

Polis nafi MB Terengganu dalam senarai individu berisiko ‘beliau bukan penjenayah’: Razarudin

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Samsuri adalah SPK namun namanya tiada dalam senarai, kata Razarudin

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan tiada keperluan meletakkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK) kerana beliau bukan seorang penjenayah.

Malah, katanya, istilah yang digunakan oleh Samsuri iaitu kawalan perjalanan Perjalanan (TCO) juga tidak tepat kerana ia adalah jawatan pegawai polis cawangan (SB) yang bertugas di pintu keluar masuk negara.

“TCO adalah travel control officer yang bertugas di pintu keluar masuk negara sama ada di lapangan terbang atau di Bukit Kayu Hitam yang mempunyai tugasan tertentu.

“Mungkin apa yang dimaksudkan Samsuri itu adalah SPK tetapi nama beliau tidak ada dalam senarai kerana dia bukan penjenayah atau suspek,’’ katanya, lapor BH.

Semalam, Samsuri menerusi kenyataan di Facebooknya mendakwa beliau telah dilabel dan ditandai sebagai ‘TCO’ dalam sistem kawalan sempadan, seolah-olah beliau seorang penjenayah berbahaya.

Samsuri berkata, tindakan tersebut berlaku sejak suku ketiga tahun lalu, menyebabkan beliau ‘ditahan’ dan dibawa ke tepi, setiap kali keluar-masuk sempadan.

“Dalam sistem keselamatan negara, “TCO” merujuk kepada “Travel Control Office/ Order” oleh pihak berkuasa, satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah,’’ katanya.

Razarudin memberitahu, nama yang ada dalam SPK adalah suspek bagi kes tertentu termasuk jenayah (CID), narkotik atau individu yang terbabit dalam kes 3R yang melarikan diri keluar negara yang perlu ditangkap jika mereka memasuki negara ini.

Malah, katanya, jawatan Samsuri sebagai seorang Menteri Besar yang turut memerlukan perlindungan serta kawalan keselamatan pegawai pengiring yang terdiri daripada pihak polis sendiri maka secara tidak langsung semua pergerakannya diketahui.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas perkara berkenaan berkata beliau sendiri adalah individu di bawah kawalan TCO.

“Saya pun ada, semua VIP (orang kenamaan) pun ada,” katanya ringkas kepada pemberita selepas program program ‘Meet Anwar@UIAM: A Special Homecoming’ di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa, di Gombak, hari ini. – 11 April, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related