◉ HEADLINES

PRN 6 Negeri: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini

Terdapat majikan yang hanya membenarkan pekerja keluar mengundi dalam tempoh dua jam dan akan mengambil tindakan jika melebihi masa

6:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hari pengundian di enam negeri pada 12 Ogos ini, sewajarnya dijadikan cuti khas, bagi memberi peluang kepada pekerja untuk mengundi.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan juga disaran untuk meneliti perkara itu untuk memberi keselesaan kepada pekerja yang pulang ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab kepada negara.

“MTUC menerima rungutan daripada pekerja bahawa terdapat majikan mengeluarkan pekeliling bagi membenarkan pekerja keluar mengundi dalam tempoh dua jam.

“Majikan akan mengambil tindakan jika melebihi masa yang dibenarkan. Arahan ini menimbulkan kerisauan kepada pekerja dan boleh menjejaskan kehadiran pekerja untuk mengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi menjayakan proses demokrasi itu, majikan seharusnya memberi kebenaran tanpa syarat.

Katanya, kerajaan perlu campur tangan dengan memberi cuti khas kepada pekerja bagi membolehkan mereka memilih wakil rakyat tanpa takut diambil tindakan displin.

Kamarul Baharin berkata, MTUC bimbang dengan peratusan keluar mengundi yang akan terjejas dengan situasi itu.

“Kita (MTUC) bimbang berlaku kekurangan pengundi sekiranya ada halangan bagi pekerja keluar mengundi,” katanya.

Menurutnya, keterlibatan pekerja dalam pengundian akan mencorak masa depan negara.

“Pekerja akan memilih wakil rakyat dan menyuarakan pandangan mereka melalui peti undi.

“MTUC berharap pekerja menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak tergesa-gesa, bagi mengelakkan kemalangan semasa pergi serta balik daripada tempat kerja ke tempat pengundian,” katanya. – 8 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related