◉ HEADLINES

Pecutan akhir trio wanita PH, gesa rakyat Selangor undi Kerajaan Perpaduan

Hannah Yeoh, Nurul Izzah dan Yeo Bee Yin berharap rakyat Selangor keluar mengundi pada 12 Ogos ini bagi memastikan negeri itu kekal diterajui PH

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berbaki kurang 48 jam sahaja lagi sebelum tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir, trio pemimpin wanita Pakatan Harapan (PH)  tampil dengan pendekatan berbeza untuk menarik pengundi.

Menerusi perkongsian video Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Instagramnya, beliau bersama dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menggesa pengundi khususnya di Selangor untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Sabtu ini.

Mereka berharap pengundi di negeri itu mengundi calon PH dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Selangor terus diterajui kerajaan terdahulu.

“Jadi untuk yang menonton di sana, jangan lupa keluar mengundi pada 12 Ogos nanti untuk calon PH dan BN. Kekalkan lima tahun kerajaan Selangor,” kata mereka.

Menurut Bee Yin yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP, peluang PH untuk terus berkuasa di Selangor masih 50-50.

“(Peluang) 50-50, I think (saya fikir),” katanya menjawab pertanyaan Nurul Izzah mengenai situasi di Selangor ketika ini.

Untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai situasi itu, trio berkenaan menghubungi Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang memaklumkan kempen PH dan BN di Selangor berjalan dengan lancar sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun beliau menasihati rakyat Selangor supaya keluar mengundi bagi memastikan kemenangan besar milik Kerajaan Perpaduan.

“Yang penting kita perlu pastikan ramai keluar mengundi kerana undi itu sangat penting. Kalau kita nak menang dalam pilihan raya, maka keputusan itu melalui undi.

“Dan pada saya, kita perlu memberikan pesanan kepada semua, ayuh kita keluar beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada semua calon PH dan BN di tempat anda supaya kita dapat melihat kemenangan besar untuk PH dan BN pada 12 Ogos ini,” katanya.

Dalam video berasingan, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyeru pengundi wanita supaya mengundi calon PH dan BN yang berupaya mengangkat martabat golongan itu.

“Marilah, sama-sama turun mengundi PH dan Kerajaan Perpaduan kerana kita mahu agenda memperkasakan wanita Malaysia,” katanya dalam video yang turut dikongsi Hannah di Instagramnya. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related