HEADLINES

Sanusi akan jawab notis saman Vincent Tan

Nanti kita jawab fail (notis) sampai, benda itu kita jawablah: Sanusi

8:16 PM MYT

 

PADANG SERAI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan pihaknya akan menjawab notis saman fitnah yang dikemukakan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad namun setakat ini beliau masih belum menerima notis terbabit.

“Nanti kita jawab fail (notis) sampai , benda itu kita jawablah,” katanya ringkas selepas menghadiri ceramah Grand Finale Sembang Santai bersama Sanusi di Padang Awam Tunku Putra, Kelang Lama di Lunas dekat sini.

Vincent Tan dan Berjaya Land memfailkan saman fitnah berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa lalu melalui firma guaman Tetuan Pierre Chuah & Associates dan kes berkenaan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 4 September ini.

Saman itu berhubung kenyataan Muhammad Sanusi mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) dalam ucapannya pada ceramah sempena kempen pilihan raya ‘Jelajah Mega PN Best’ atau ‘PN Best Sayangi Kedah Sejahtera mega tour’ di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah pada 2 Ogos lalu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Vincent Tan dan Berjaya Land mendakwa ucapan Muhammad Sanusi yang disiarkan secara langsung dan diterbitkan semula antaranya menerusi laman YouTube di bawah nama akaun Astro AWANI, laman Facebook di bawah nama akaun TV PAS dan di laman YouTube di bawah nama akaun KiniTV.

Vincent berkata, Muhammad Sanusi yang dinamakan sebagai defendan membuat rujukan yang spesifik dan langsung kepadanya dengan menyebut namanya sepanjang ucapan di ceramah itu.

Berjaya Land pula berkata, walaupun tiada rujukan spesifik dibuat terhadap syarikat itu, kenyataan berkenaan boleh difahami sebagai merujuk kepada syarikat berkenaan.

Menurut Vincent, kenyataan berbaur fitnah itu antara lain membawa maksud beliau dan syarikat terbabit adalah korup dan kroni Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta memperoleh tanah seluas 600 hektar secara percuma.

Plaintif berkata, ia juga bermaksud mereka memberikan manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri sebagai balasan kepada tanah percuma itu. – 11 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related