◉ HEADLINES

PRN isyarat sokongan Melayu kepada PN semakin melonjak – Muhyiddin

Anjakan itu menunjukkan petanda agak nyata bahawa rakyat, mahukan perubahan

2:10 AM MYT

 

SHAH ALAM – Peningkatan sokongan rakyat di negeri, khususnya pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini, menjadi isyarat bahawa rakyat menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peningkatan itu juga membuktikan mereka mendambakan perubahan dan tidak menerima kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerusi Kerajaan Perpaduan.

“Kita melihat anjakan peningkatan besar yang menunjukkan petanda agak nyata bahawa rakyat, mahukan perubahan. Itu saya buktikan dengan bilangan kerusi yang kita menang, jauh berbanding PH dan BN.

“Jumlah kerusi yang kita menang itu, adalah satu pernyataan penting harus diberi perhatian oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bahawa sudah ada gelombang besar mahukan pembaharuan serta perubahan,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRN di Hotel Concorde di sini, awal pagi ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas juga harus melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan tidak boleh mengabaikannya, memandangkan mereka memiliki jumlah wakil rakyat ramai yang turut mengundi.

Ditanya pemimpin mana akan dilantik sebagai Menteri Besar baharu Kelantan, Muhyiddin berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu oleh PAS, sebelum dibawa ke kepimpinan tertinggi PN.

Katanya, perkara itu perlu diteliti secara terperinci bagi memastikan Menteri Besar yang dipilih, mampu menggalas tanggungjawan lebih baik, berbanding pentadbiran sebelum ini.

“(Jawatan) Menteri Besar sangat penting, tiga negeri PN menang adalah milik PAS. Langkah akan diambil adalah perbincangan PN dan PAS akan dipersembah ke Sultan di negeri berkenaan.

“Sekiranya mendapat perkenan daripada Sultan, calon itu akan mengangkat sumpah dalam tempoh terdekat. Jadi, kita akan maklumkan perkara itu kemudian,” katanya.

Keputusan PRN di enam negeri menyaksikan gabungan PH-BN dan PN, masing-masing mendominasi tiga negeri.

Berdasarkan keputusan rasmi, gabungan PH-BN menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, manakala PN kekal memerintah Kedah, Kelantan dan Terengganu. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related