◉ HEADLINES

Paip pecah di Taman Kosas jadi tugasan pertama Altimet selepas menang PRN

Salah seorang penduduk di kawasan Taman Kosas dilihat telah menghantar mesej kepada Altimet untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut

4:48 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Belum sampai 24 jam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi DUN Lembah Jaya, penyanyi rap Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman mula sibuk menjalankan tugas pertama sebagai wakil rakyat

Tugasan itu ialah menyelesaikan masalah paip pecah di Taman Kosas hingga menyebabkan penduduk di sekitar taman perumahan tersebut mengalami gangguan bekalan air.

Salah seorang penduduk di kawasan Taman Kosas dilihat telah menghantar mesej kepada Altimet untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Mesej @AidilArmen berbunyi: “Cipp, Taman Kosas tak ada air. Kasi adjust cepat sikit cip. Dah menangkan,” katanya dengan emoji tertawa.

Membalas mesejnya itu, Altimet menulis:
“Maklum. Sedang kerjasama dengan pegawai Air Selangor untuk Taman Kosas.”

Altimet dengan pantas turut memuatnaik mesej perbualan dengan wakil pihak Air Selangor yang menyatakan bahawa kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan dan ia juga hampir siap.

“Semoga kejap lagi, urusan-urusan tuan lancar,” katanya dalam kapsyen di hantaran tersebut.

Hantar tersebut ditonton hampir 60,000 orang, manakala di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap Altimet yang disifatkan pantas bertindak serta membuat kerja.

Kata @Shadow_Kurou: “Mantap YB. Ini YB kita perlukan. Laju…”

@Panglima budi Al-qassam pula menulis: “Terbaik respon pantas. Terima kasih banyak tuan”.

Komen @Gausslagenda pula: “Terbaik YB Altimet”.
Altimet menang di DUN Lembah Jaya, mewakili Pakatan Harapan dengan majoriti undi sebanyak 6,678, menewaskan pencabarnya dari Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related