◉ HEADLINES

Majlis Perbandaran Klang bakal jadi Majlis Bandaraya

Apabila naik taraf status itu dilaksanakan, ia akan menjadikan Selangor mempunyai empat Majlis Bandaraya, iaitu Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang

4:37 PM MYT

 

SHAH ALAM – Majlis Perbandaran Klang menepati kriteria untuk dinaik taraf daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu berkata, naik taraf terbabit menunggu perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Ini akan menjadikan Selangor mempunyai sebanyak empat Majlis Bandaraya yang bermula dari Petaling Jaya, ke Subang Jaya dan Shah Alam dan kemudian ke Klang.

“Empat pihak berkuata tempatan (PBT) ini terletak di dalam dua daerah, iaitu Petaling dan Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman Bajet Selangor 2024 bertemakan Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri di sini, hari ini.

Amirudin memaklumkan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Petaling mempunyai 2.3 juta penduduk, manakala Klang 1.1 juta penduduk.

Katanya, ia menjadikan keempat-empat kawasan PBT itu mempunyai 3.4 juta penduduk.

“Ini bermakna hampir 11 peratus penduduk di Malaysia menetap di empat PBT terbabit dan hampir 50 peratus daripada keseluruhan penduduk di Selangor, menetap di empat PBT ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kebanyakan industri utama di Selangor bertapak di empat PBT terbabit sejak sekian lama dan menyumbang kepada kemajuan kawasan berkenaan.

“Antara cabaran bakal dihadapi adalah kebijakan masyarakat menua serta aspek seperti kualiti perkhidmatan PBT, pengangkutan awam, rejuvenasi kawasan kediaman dan komersial sedia ada, isu tanah pegangan pajakan yang hampir matang, terutamanya di Petaling Jaya.

“Kesemua ini harus ditangani bagi mewujudkan persekitaran kondusif dan berdaya huni bagi semua, khususnya generasi akan datang,” katanya – 10 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related