HEADLINES

Laporan polis terhadap lelaki ancam bunuh PM

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zikri Hakim Azhar bagaimanapun telah memadam komen melampau itu

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook dikenali sebagai Zikri Hakim Azhar yang didakwa mengeluarkan ancaman serta ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan berkenaan dibuat oleh Suriase Gengiah yang juga Naib Pengerusi Ketua Cabang Sungai Buloh di Balai Polis Sri Damansara, petang ini.

Tangkap layar laporan polis yang dibuat Suriase A/L Gengiah yang juga Naib Pengerusi Ketua Cabang Sungai Buloh di Balai Polis Sri Damansara, petang ini. – Gambar Facebook, 14 Ogos, 2023

“ Semasa saya berada di sebuah restoran, saya menerima whatsapp bergambar dari seorang kawan yang meminta saya melihat Facebook Zikri Hakim Azhar berkenaan.

“ Saya tidak berpuas hati dengan lelaki tersebut kerana telah mengeluarkan ancaman serta ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri,’’ katanya seperti tertulis dalam laporan kepada polis.

Suriase berkata, semasa membuka Facebook itu, beliau mendapati komen tersebut telah tiada dan disyaki telah dipadamkan.

“Saya datang ke balai untuk membuat laporan bagi tindakan selanjutnya kerana ugutan serta ancaman keselamatan terhadap Perdana Menteri,’’ katanya. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related