HEADLINES

Nassuruddin MB Kelantan baharu, Fadzli sebagai timbalan

Kedua-duanya mengangkat sumpah pada jam 5.30 petang di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa Menteri Besar Kelantan yang baharu akhirnya terjawab hari ini apabila Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilantik ke jawatan itu.

Mohd Nassuruddin dan Mohamed Fadzli masing-masing mengangkat sumpah jawatan berkenaan jam 5.30 petang di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Mohd Nassuruddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Sementara itu, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang memenangi kerusi DUN Temangan, dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Fadzli adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri.

PRN Sabtu lalu menyaksikan PAS mengekalkan pemerintahan kerajaan negeri selepas memenangi 43 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Kelantan dijangka mempunyai Menteri Besar atau Timbalan Menteri Besar baharu dengan gabungan agamawan dan teknokrat untuk dua jawatan itu jika memenangi PRN kali ini.

Susulan itu, Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dijangka tidak dilantik semula memegang antara dua jawatan tertinggi berkenaan kerana kedua-duanya golongan agamawan. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related