HEADLINES

Tidak mustahil MKT batalkan penggantungan Hisham

Berdasarkan beberapa keputusan sebelum ini, MKT telah memaafkan dan menerima semula ahli demi kebaikan parti

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak mustahil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dijadualkan hari ini membuat keputusan untuk membatalkan penggantungan selama enam tahun ke atas bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut sumber kepada Scoop, jika MKT memutuskan ia baik untuk parti, mungkin badan tertinggi itu boleh membuat pelbagai keputusan, tertakluk kepada permohonan atau rayuan daripada individu terbabit.

“Apapun MKT akan memutuskan perkara ini, mereka akan melihat kepada soal menambah kekuatan parti.

“Ada beberapa kes sebelum ini dah dilihat semula, ada MKT maafkan dan diterima balik berdasarkan kebaikan dan kesetiaan kepada parti.

“Jadi tidak mustahil perkara itu (terima kembali Hishammuddin) boleh berlaku,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu Ahli MKT Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, isu penggantungan Hishammuddin dijangka dibincangkan MKT dalam mesyuarat pada Isnin.

Beliau berkata, isu itu akan dibincangkan sekiranya sekiranya Pengerusi Umno Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membangkitkan perkara itu.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Scoop, kedua-dua pihak sama ada Hishammuddin mahupun MKT wajar berlapang dada mencari titik persefahaman sekali gus memperkukuhkan kembali Umno.

Beliau berkata, MKT pastinya tidak akan membelakangkan perlembagaan Umno yang memperuntukkan jika seseorang ahli itu dipecat atau digantung maka rayuan boleh dilakukan.

“Bermakna tuan badan itu mesti merayu seperti yang dilakukan Datuk Seri Tajuddin Rahman. Tidak ada peruntukan yang mengatakan pihak ketiga boleh merayu bagi pihak kedua.

“Saya faham Hishammuddin tidak mahu merayu kerana dia tidak tahu sebab dia digantung.

“Tapi untuk diterima kembali dia juga perlu merayu dan mustahil hukuman penggantungan itu tidak bersebab. Jawatankuasa Disiplin Umno mesti tahu.

“Apa pun saya mengharapkan kedua pihak (Hishammuddin dan MKT Umno) akan berlapang dada.

“Sekarang masanya untuk bermaaf-maafan, untuk bersatu, masa untuk melupakan kesalahan yang lalu. Allah pun boleh mengampuni dosa-dosa manusia,” katanya.

Sebelum ini Umno Bahagian Sembrong mencadangkan agar penggantungan keahlian Hishammuddin ditarik semula, selaras dengan matlamat memperkukuh parti di semua peringkat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hishammuddin digantung keahlian Umno selama enam tahun atau dua penggal pemilihan MKT parti itu, bermula 27 Januari 2023. Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, media melaporkan Hishammuddin mengulangi pendirian untuk tidak merayu keputusan penggantungan keahliannya. – 30 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Related