HEADLINES

Pakej P-hailing Rahmah redakan ‘suhu’ komuniti penggiat ekonomi gig

Inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat meringankan sedikit beban pekerja dalam sektor ekonomi gig

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakej P-hailing Rahmah yang diumumkan kerajaan pada Selasa diyakini dapat meredakan kegusaran berhubung beberapa isu yang melanda komuniti p-hailing sejak kebelakangan ini, kata Ketua Aktivis Gabungan e-hailing Malaysia Jose Rizal. 

Beliau berkata isu kadar bayaran yang semakin berkurangan bagi penghantar makanan di sebuah syarikat swasta menyebabkan sebahagian penghantar makanan tidak berpuas hati. 

Justeru, beliau berkata pihaknya menyambut baik inisiatif tersebut kerana ia secara tidak langsung dapat meringankan sedikit beban pekerja dalam sektor ekonomi gig itu memandangkan perkhidmatan dalam talian dan capaian Internet adalah satu keperluan bagi mereka. 

“Pekerja e-hailing dan p-hailing berkemungkinan mempunyai cara penggunaan Internet yang agak dinamik kerana rata-rata komuniti kami bergiat dalam lebih daripada satu tugasan atau kerja. Bagi saya ia membantu segelintir daripada komuniti kami,” katanya kepada Bernama. 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan Pakej P-hailing Rahmah iaitu perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data 40 GB bagi pemandu dan penunggang p-hailing bermula 23 Januari hingga 23 April tahun ini. 

Pada masa sama, Jose berkata pihaknya berharap inisiatif sedemikian dapat diperluaskan agar nasib pekerja p-hailing terus terjamin sekali gus dapat memperkasakan lagi sektor ekonomi gig dalam negara. 

“Saya berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan inisiatif seperti penyelenggaraan kenderaan, kos berkaitan pembaharuan lesen, insurans, pemeriksaan kesihatan serta kos kelengkapan peralatan kegiatan seperti beg simpanan makanan, topi keledar dan lain-lain,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia Mohd Azril Ahmat berkata pihaknya mencadangkan kerajaan supaya memperluaskan Menu Rahmah kepada penggiat industri ekonomi gig. 

Beliau berpendapat Menu Rahmah berpotensi memberi keuntungan lebih besar kepada peniaga selepas ia disasarkan kepada kumpulan tertentu khususnya p-hailing. 

“Kerajaan sudah banyak beri subsidi kepada rakyat mahupun golongan sasar, tetapi saya rasa kerajaan boleh memperluaskan Menu Rahmah kepada golongan ini selepas program tersebut dilihat suram dan semakin kurang disediakan oleh peniaga,” katanya. 

Sementara itu, Mohd Azril berharap Kementerian Komunikasi dapat memperbaiki capaian Internet di kawasan-kawasan pedalaman. 

“Pekerjaan seperti ini (p-hailing dan e-hailing) sangat-sangat memerlukan capaian Internet yang stabil, sering kali terjadi kami terpaksa keluar mencari line selepas menghantar barang atau pelanggan. Kalau line tiada, tiada pesanan yang akan masuk,” katanya. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related