HEADLINES

Polis buru pemilik nombor telefon ugut isteri Rafizi

Ketua Polis Selangor berkata mereka sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selepas anaknya diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Putrajaya, Rabu lalu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Beliau berkata, mereka sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan pemilik nombor telefon terbabit.

Shazeli mengesahkan, isteri Ahli Parlimen Pandan itu juga sudah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sudah merakam keterangan doktor yang merawat anaknya bagi membantu siasatan,” katanya, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Rafizi mendakwa serangan terhadap anaknya dipercayai ada kaitan dengan ‘siasatan’ sedang dijalankannya berhubung satu skandal.

Rafizi berkata ada menerima maklumat daripada sekumpulan pemberi maklumat berhubung skandal itu dan percaya pihak terbabit cuba memberi tekanan supaya siasatan dihentikan.

Beliau turut mendakwa pihak terbabit cuba mengugut isterinya yang menerima mesej daripada nombor tidak dikenali.

Media semalam turut melaporkan polis setakat ini sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes serangan itu. – 15 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 1,700 Malaysian products to enjoy zero tariffs under new US trade deal

Palm oil, rubber, cocoa and aerospace equipment among exports covered under the Reciprocal Trade Agreement signed between Malaysia and the United States

Related