◉ HEADLINES

Lebih 70 berhimpun di Kedutaan AS tolak Adams

Timbalan Ketua Pemuda PKR berkata Islamofobik, misoginis, dan pro-Israel adalah tiga sebab utama mengapa mereka menolak Adams

7:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat petang ini dibanjiri lebih 70 penunjuk perasaan bagi membantah pencalonan Nick Adams sebagai duta besar Amerika Syarikat (AS) yang baharu ke Malaysia.

Pemprotes yang rata-rata adalah ahli Pemuda Pakatan Harapan (PH) menyerahkan memorandum kepada seorang pegawai di kedutaan berkenaan, menerusi beberapa wakil.

Peserta yang sebahagiannya memakai keffiyeh melaungkan slogan seperti ‘Tolak Nick Adams’ dan ‘From the river to the sea, Palestine will be free’ turut di pantau pihak polis.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Izuan Kasim, berkata nilai dan pandangan Adams bercanggah dengan Malaysia, khususnya berkenaan Palestin.

Beliau mendakwa Adams sebagai seorang yang Islamofobik, misoginis, dan pro-Israel.

“Ini tiga sebab utama mengapa kami menolaknya sebagai duta besar baharu,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum berkenaan, lapor FMT.

Memorandum itu antara lain mendesak AS menarik balik pencalonan Adams dan melantik calon yang lebih sensitif dengan norma budaya Malaysia.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda DAP Iskandar Fareez menyeru AS mempertimbangkan pencalonan seorang duta bukan lantikan politik yang boleh memperkukuh hubungan dua hala.

“Antara kenyataan Adams ialah jika anda tidak menyokong Israel, maka anda menyokong pengganas. Ini jelas bertentangan dengan pendirian kita di Malaysia. Bagaimana kita boleh berdialog dengan seseorang yang bersikap melulu?”

Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Amanah, Mus’ab Muzahar, memberi amaran bahawa bantahan akan diadakan jika pelantikan Adams disahkan.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata terlalu awal untuk kerajaan membuat keputusan sama ada pencalonan Adams patut diterima.

Anwar menyatakan kerajaan akan mengikut protokol dalam meneliti pelantikan duta.

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan turut dipetik berkata masih terlalu awal untuk mengulas kemungkinan pempengaruh Australia-AS itu bakal dilantik sebagai duta ke Malaysia.

Menurut Mohamad Hasan, pelantikan Adams masih belum disahkan oleh Senat AS.

The New York Times, pada 11 Julai lalu melaporkan Presiden Donald Trump mencalonkan Adams untuk berkhidmat sebagai duta AS ke Malaysia.

Pencalonan Adams bagaimanapun berdepan kritikan banyak pihak di negara ini. – 18 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related