HEADLINES

PRK Nenggiri: Bekas anggota TLDM Mohd Rizwadi calon PN

Mohd Rizwadi akan bertanding sebagai calon Bersatu, namun menggunakan logo PAS

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menamakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail, untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Rizwadi, 41, yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan bertanding sebagai calon Bersatu, namun menggunakan logo PAS pada PRK yang dijadualkan 17 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Gua Musang, hari ini.

Menurut Nassuruddin, Rizwadi merupakan anak tempatan yang dikenali di kawasan sekitar dan aktivis politik yang bergiat aktif di kawasan Gua Musang.

“Beliau menyertai Bersatu dengan semangat idealisma perjuangan demi masa depan masyarakat Nenggiri.

‘Tiada masalah apabila ambil orang PAS sebagai calon…bila sebut PAS adalah Bersatu, bila sebut Bersatu adalah PAS, sama seperti Umno adalah DAP,’’ katanya.

Sementara itu, Rizwadi berjanji akan memberikan yang terbaik demi memberikan kemenangan kepada PN yang memberikan kepercayaan kepada dirinya.

“Saya ambil peluang ucap terima kasih (dipilih sebagai calon), insya-Allah kita sama-sama berjuang demi selamatkan Malaysia. Pertahankan Nenggiri,” katanya.

Rizwadi sebelum ini pernah berkhidmat di TLDM Pahang, Sabah dan Labuan.

Selepas bersara, bapa kepada lima orang cahaya mata itu kini menetap di Bertam Lama, Nenggiri dengan menjadi guru agama dan fardu ain selain dilantik pengendali halaqat Jabatan Hal Ehwal Negeri Kelantan. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related