HEADLINES

Shahrul Kamal juruterbang yang cekap, disenangi ramai: Abang ipar

Sebelum Shahrul Kamal Roslan pernah berkhidmat dengan Malaysia Airlines dan Etihad Airways

12:49 PM MYT

 

KLANG – Juruterbang pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Kapten Shahrul Kamal Roslan disifatkan sebagai seorang yang cekap dalam mengendalikan pesawat.

Menurut abang iparnya, Syed Tahir Syed Mohd, 39, arwah yang dipanggil ‘comel’ juga seorang yang periang, penyayang dan disenangi keluarga serta rakan-rakan.

“Arwah dapat kerja selepas pandemik, dia juruterbang yang cekap, sebelum ini juga pernah berkhidmat dengan Malaysia Airlines dan Etihad Airways,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik di sini hari ini.

Syed Tahir berkata, setakat ini keluarga dimaklumkan mayat dalam proses bedah siasat selepas pengecaman dilakukan.

“Masih ada beberapa perkara perlu dilakukan termasuk menjalani proses DNA termasuk terhadap cebisan mayat,” katanya.

Ditanya sama ada arwah ada bersikap pelik sebelum kejadian, Syed Tahir berkata, arwah ada memberikan nombor telefon isterinya kepada seorang rakan baiknya bernama Halim beberapa hari sebelum kejadian.

“Biasanya dia bukan orang yang mudah berkongsi nombor isterinya, namun mungkin dia ada rasa tidak sedap hati, lalu dikongsi nombor itu.

“Jadi Halim juga orang pertama yang kemudian menghubungi isteri arwah dan memaklumkan kejadian yang berlaku petang semalam,” katanya.

Dalam insiden pada 2.52 petang semalam, 10 orang disahkan terkorban selepas sebuah pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Guthrie dekat sini.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan berada dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Mahathir at 100: A look back at the policies, events, and legacy of Malaysia’s longest-serving prime minister

From Vision 2020 and Proton to Operasi Lalang and the 1MDB fallout, Mahathir’s century-long journey reflects the triumphs, controversies and contradictions that shaped modern Malaysia

Related