HEADLINES

Nahas Elmina: JAIS sedia satu liang lahad di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan itu sekiranya dipersetujui oleh waris-waris

1:02 PM MYT

 

KLANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menguruskan setiap jenazah yang terkorban dalam tragedi pesawat malang Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.

Ia termasuk urusan pengebumian di sebuah tanah perkuburan di Seksyen 21, Shah Alam.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam taklimat ringkas oleh pihak berkuasa kepada waris yang ketika ini menunggu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan itu sekiranya dipersetujui oleh waris-waris.

Bagaimanapun, kesemua waris diberikan hak untuk mengebumikan jenazah insan tersayang mereka di mana sahaja termasuk di kampung halaman masing-masing.

Difahamkan juga keluarga juruterbang, Shahrul Kamal Roslan memaklumkan jenazah akan dibawa ke Taman Melawati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate hari ini. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related