HEADLINES

Pemandu lori terkilan gagal bantu rider, ‘arwah merangkak sebut nama Allah minta tolong’

Dia mendekati mangsa tetapi alat pemadam api tidak cukup untuk memadam api yang sedang marak

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda yang juga pemandu lori terkilan kerana gagal menyelamatkan penghantar makanan yang menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, dekat Shah Alam, petang semalam.

Menurut perkongsian Affy Ndy di TikToknya, dia antara saksi terawal yang melihat kejadian menyayat hati itu.

“Kapal terhempas depan mata saya. Saya turun dari lori. Terdengar yang arwah minta tolong dan saya ambil pemadam api yang ada di dalam lori,” katanya.

Jelasnya lagi, ketika itu penghantar makanan terbabit, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, masih lagi bergerak dan merangkak menyebut nama Allah sambil meminta tolong.

“Saya terus pergi dekat arwah. Masa tu arwah masih bergerak dan saya nak rapat dengan arwah masih ada barang-barang yang meletup,” katanya.

Tidak lama kemudian, pemuda tersebut berkata, dia mendekati arwah dan menyembur alat pemadam api ke arah badannya.

Bagaimanapun, katanya, alat pemadam api itu tidak cukup untuk memadam api yang sedang marak di badan arwah.

“Saya sudah cuba nak selamatkan rider motosikal, maafkan saya. Al-Fatihah untuk arwah,” katanya.

Dalam pada itu, Affy Ndy berkata, dia masih teringat jeritan mangsa meminta tolong dalam keadaan badannya terbakar.

“Arwah jerit minta tolong. Saya tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah minta tolong.

“Pemadam api saya habis. Saya cuma ada kain nak peluk dia je. Maafkan saya,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan ketika kejadian Hafiz dipercayai dalam perjalanan mengambil sup ‘gear box’ untuk dihantar kepada pelanggan di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Difahamkan Hafiz sebelum itu baru selesai menghantar makanan kepada seorang pelanggan di Jalan Elektron, U16 Shah Alam.

Bagaimanapun penghantaran sup itu terhenti dengan sendiri apabila sistem gagal mengesan pengemaskinian kedudukan Global Positioning System (GPS) Hafiz.

Hafiz yang juga graduan Ijazah Kejuruteraan Pembinaan Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) antara 10 lelaki yang disahkan maut dalam kejadian itu.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat manakala seorang lagi adalah pemandu kereta yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Threat of world champions looms as Sze Fei-Izzuddin eye BAC comeback 

National men’s doubles pair Goh Sze Fei and Nur Izzuddin Rumsani's match against South Korea's Seo Seung-jae and Kang Min-hyuk will be a tough challenge in their plan to make a comeback for the Badminton Asia Championships (BAC) in Ningbo, China, next month after missing out on last year's edition.

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related