HEADLINES

‘Ismail Sabri silap, gagal bezakan idealisme dengan kaedah atau uslub’

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal membezakan antara idealisme dengan kaedah atau cara berjuang (uslub) dan penyertaan Umno dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai DAP tidak ada kena mengena dengan idealisme.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Umno tidak pernah mengubah idealisme perjuangan dan kekal dengan perjuangan Islam serta Melayu.

Bahkan Umno, kata Puad meminda perlembagaan parti di mana Islam diletakkan paling atas.

“Ismail Sabri mendakwa UMNO di bawah Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) lari daripada idealisme asal. Itu sebab katanya Umno hilang sokongan orang Melayu.
Ismail Sabri silap. Dia gagal membezakan antara idealisme dengan kaedah atau cara berjuang (uslub)

“Masa berubah, maka cara berpolitik juga berubah,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam tulisannya di dalam Utusan menerusi kolum Jalar Fikir, Ismail berkata selepas lebih 60 tahun membangunkan negara dengan mengecapi pelbagai kejayaan, Umno menghadapi krisis keyakinan rakyat, ditolak oleh orang Melayu melalui peti undi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri membuktikannya.

Jelasnya menjadi tanggungjawab kepemimpinan Umno mengekalkan perjuangan nasionalisme sejati dalam membina serta memandu negara ini. – 20 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related