HEADLINES

Israel sudah ada perancangan untuk Gaza selepas tamat perang

Antaranya, pemerintahan Palestin dihadkan dan Israel akan mengekalkan kawalan keselamatan di wilayah itu

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menggariskan beberapa cadangan untuk tadbir urus Gaza pada masa hadapan sebaik sahaja perang antara Israel dan Hamas berakhir.

Menurutnya, pemerintahan Palestin amat terhad di wilayah itu dengan Hamas tidak lagi akan mengawal Gaza dan Israel akan mengekalkan kawalan keselamatan secara menyeluruh.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, pertempuran di Gaza berterusan dengan puluhan nyawa terkorban dalam tempoh 24 jam lalu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dijangka kembali ke rantau itu minggu ini.

Beliau dijangka mengadakan perbincangan dengan pegawai Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan pemimpin Israel.

Lawatan beliau dilakukan di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di rantau itu berikutan pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri di Beirut, Lubnan pada Selasa lalu.

Yoav Gallant menggariskan beberapa cadangan untuk tadbir urus Gaza pada masa hadapan di mana pemerintahan Palestin amat terhad dengan Hamas tidak lagi akan mengawal Gaza dan Israel akan mengekalkan kawalan keselamatan secara menyeluruh. – Gambar Facebook, 5 Januari, 2024

Saleh maut bersama pengawal peribadinya dalam serangan dron oleh Israel, yang berikrar untuk memusnahkan Hamas selepas serangan 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel.

Mesir juga akan mempunyai peranan yang tidak ditentukan di bawah perancangan tersebut.

Tetapi berdasarkan dokumen perancangan itu, rakyat Palestin akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan wilayah itu.

“Penduduk Gaza adalah warga Palestin, oleh itu agensi di Palestin akan bertanggungjawab, dengan syarat tidak akan ada tindakan bermusuhan atau ancaman terhadap Israel,” kata Gallant.

Perbincangan mengenai “perancangan selepas perang” di Gaza membawa kepada perselisihan faham yang meruncing di Israel.

Beberapa pemimpin sayap kanan kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, rakyat Palestin harus digalakkan untuk meninggalkan Gaza dan mewujudkan semula penempatan Yahudi di wilayah itu. – Gambar ihsan UNRWA, 5 Januari, 2024

Beberapa pemimpin sayap kanan kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, rakyat Palestin harus digalakkan untuk meninggalkan Gaza dan mewujudkan semula penempatan Yahudi di wilayah itu.

Walaupun cadangan Galant mungkin dianggap lebih praktikal berbanding beberapa rakan Kabinetnya, ia berkemungkinan ditolak pemimpin Palestin yang mahu rakyat Gaza dibenarkan untuk mengendalikan sepenuhnya wilayah itu.

Netanyahu bagaimanapun tidak bercakap secara terbuka mengenai pendapatnya berhubung perkara itu. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

Related