HEADLINES

Zon kewangan khas akan diwujudkan di Forest City: PM Anwar

Kos untuk menjalankan perniagaan di zon kewangan khas itu adalah lebih berpatutan yang dibantu beberapa insentif yang disediakan kerajaan

9:04 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan akan mewujudkan zon kewangan khas di Forest City dalam usaha merancakkan pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di Johor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini bermakna kos untuk menjalankan perniagaan di zon kewangan khas itu adalah lebih berpatutan yang dibantu beberapa insentif yang disediakan kerajaan.

Menurutnya kos pengurusan lain seperti pelancongan, pendidikan dan kesihatan di zon itu juga tidak terlalu tinggi.

Anwar berkata lokasi Johor yang strategik iaitu bersebelahan Singapura serta mempunyai infrastruktur asas yang lengkap, boleh menarik lebih ramai pelabur terutamanya berikutan kos di Singapura yang dianggap tinggi pada masa ini. 

“Ini sesuai dengan kerangka Ekonomi MADANI, dan sinergi yang wujud di Johor ini berbeza dengan negeri lain dan (kita) boleh mengambil kesempatan daripada pencapaian Singapura,” katanya ketika berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Justeru, Anwar berkata semua kementerian, jabatan dan kerajaan negeri harus memastikan perancangan untuk mewujudkan zon kewangan khas ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau turut mengumumkan beberapa insentif di zon kewangan khas itu seperti peluasan insentif di Iskandar Malaysia ke Forest City termasuk kadar cukai pendapatan khas 15 peratus bagi pekerja mahir dan visa kemasukan berbilang.

Johor adalah negeri kedua selepas Melaka yang terlibat dalam sesi libat urus Kementerian Kewangan dengan semua kerajaan negeri untuk mengumpul input berkenaan Belanjawan 2024, yang dijadual dibentangkan pada 13 Oktober ini.

Johor adalah sesi libat urus pertama peringkat negeri yang dihadiri oleh Anwar untuk Belanjawan 2024 yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related