HEADLINES

KKR perlu wujudkan pasukan tindakan pantas selesaikan aduan dari aplikasi MyJalan

Harus diingat setiap aduan itu pada asasnya melibatkan isu keselamatan pengguna, jadi tindakan perlu segera diambil: Pakar

9:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) dicadang agar mewujudkan pasukan tindakan pantas bagi mengendalikan setiap aduan diterima daripada pengguna menerusi aplikasi MyJalan.

Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Rozmi Ismail berkata ia bagi memastikan segala tindakan susulan termasuk kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan raya yang diadukan pengguna di aplikasi itu dapat diselesaikan segera.

“Harus diingat setiap aduan itu pada asasnya melibatkan isu keselamatan pengguna, jadi tindakan perlu segera diambil.

“Juga harus ada satu SOP (prosedur operasi standard) yang jelas, misalnya setiap aduan diterima wajib diselesaikan dalam satu tempoh yang wajar dan untuk menjayakannya kementerian perlu sentiasa mempunyai tenaga kerja dan sumber yang mencukupi pada setiap masa,” katanya kepada Bernama.

MyJalan yang telah dilancarkan pertengahan bulan ini merupakan sebuah platform aduan setempat bagi memudahkan pengguna membuat aduan dan semua jenis aduan jalan akan diterima walaupun yang bukan diselenggara KKR.

Dalam pada itu, Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan Fahami Ashrof Badaruddin berpendapat antara aspek yang perlu diberi tumpuan untuk memastikan aplikasi berkenaan berjaya mencapai objektif ialah dengan menentukan segala kerja-kerja pembaikan dilakukan kontraktor berkelayakan.

Beliau berkata ia meliputi kemampuan kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dengan spesifikasi yang betul.

“Tak guna juga kalau semua aduan itu diselesaikan segera tetapi buat kerja tangkap muat tanpa ikut spesifikasi sehingga cepat rosak dan membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.

Sementara itu, pengguna jalan raya Ainu Adilah Mustafa, 26, menyambut baik pengenalan aplikasi berkenaan yang menunjukkan kementerian menggunakan pendekatan seiring dengan kemajuan teknologi.

“Ada aplikasi ni senang, dengan beberapa maklumat asas sahaja kita sudah boleh panjangkan aduan kepada pihak berkaitan tanpa perlu ke pejabat kerajaan atau ke kaunter aduan, hanya melalui aplikasi ini sahaja,” katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related