HEADLINES

Adun baharu P.Pinang guna peruntukan terdahulu

Masih ada lagi baki peruntukan bagi suku keempat tahun ini daripada Adun terdahulu, sebelum pembiayaan baharu diumumkan kelak

5:06 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang yang baharu, akan menggunakan baki peruntukan yang ditinggalkan oleh wakil rakyat terdahulu dari penggal yang lepas untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata masih ada lagi baki peruntukan bagi suku keempat tahun ini daripada Adun terdahulu, sebelum pembiayaan baharu diumumkan kelak.

“Semua Adun termasuk (Adun) yang baharu bagi penggal ini, akan menggunakan baki peruntukan penggal lalu, ketika ini peruntukan kepada pembangkang masih kekal sebab sekarang sudah masuk suku terakhir (tahun 2023) jadi semua Adun yang baharu akan menguruskan peruntukan yang masih berbaki bagi penggal yang lalu.

“Bagi (11 Adun) pembangkang adalah sama, kalau ada baki peruntukan itu akan digunakan baki peruntukan itu. Kita (kerajaan negeri) akan meneruskan dasar pemberian peruntukan sama kepada Adun, sama ada kerajaan mahupun pembangkang secara kekal tetapi (nilai peruntukan) tak sama rata,” katanya selepas Majlis Angkat Sumpah jawatan Adun Pulau Pinang di sini, hari ini.

Chow berkata demikian ketika ditanya berhubung sama ada kerajaan negeri gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sama seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Chow meminta semua Adun di Pulau Pinang supaya saling memupuk perpaduan dan mengamalkan politik matang, demi mengutamakan agenda rakyat serta jangan sesekali tanamkan kebencian, politik kaum dan sensitiviti agama di dalam perjuangan politik.

“Mandat rakyat tidak wajar diperlekeh dan disia-siakan, sebaliknya perlu dimanfaatkan dengan inisiatif, pendekatan, usaha dan perdebatan matang yang boleh mencambahkan segala kebaikan demi pembangunan Pulau Pinang yang terus gemilang.

“Walaupun berbeza ideologi, tekad untuk terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan negeri ini adalah perlu sentiasa menjadi pegangan. Kestabilan inilah yang bakal dan mampu terus membawa Pulau Pinang ke mercu kejayaan, sebagaimana yang telah kita ukirkan sejak 15 tahun lepas,” katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related