HEADLINES

Himpunkan semua juara, Edisi All Stars Musim Ke-10 bukan penamat Gegar Vaganza

Buat pertama kali dalam sejarah, program hiburan popular, Gegar Vaganza akan menampilkan juara dari setiap musim sebagai peserta bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM200,000

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Program hiburan nombor satu terbitan Astro, Gegar Vaganza (GV) kembali lagi untuk musim ke-10 dan kali ini ia menghimpunkan semua juara setiap musim sebagai peserta.

Mereka adalah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardi Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, perancangan untuk menerbitkan GV edisi ‘All Stars’ telah lama dirancang pihak produksi.

“Saya rasa musim ini akan jadi musim yang luar biasa. Saya sendiri agak ‘nervous’ melihatkan barisan peserta minggu ini,” katanya.

Ditanya adakah penerbitan edisi ‘All Stars’ ini merupakan penamat kepada program GV, Raqim menafikan perkara itu.

“Sebenarnya tahun ini pun kita telah menerima permintaan daripada ramai penyanyi yang ingin menyertai GV. Tetapi kita buat keputusan untuk terbitkan edisi ‘All Stars’,” ujarnya.

Sementara itu bagi juara musim pertama iaitu Ayai Ilusi, dia menerima tawaran untuk kembali berentap di pentas GV kerana ingin membuktikan bahawa dia masih wujud dalam industri muzik.

“Saya ingin berterima kasih kepada Astro kerana masih mengingati kami. Saya sertai musim kali ini kerana ingin membuktikan perjuangan seni saya sejak 1977. Terima kasih kerana masih menyokong saya sehingga hari ini,” katanya.

Bagi juara musim kedua, Siti Nordiana pula, dia tidak mampu untuk menyatakan ‘tidak’ kepada GV.
“GV memberi impak yang sangat besar dalam kerjaya seni saya. Untuk meraikan ulang tahun GV yang kesepuluh, saya sedia untuk kembali menghiburkan semua,” kongsinya.

Baru sahaja menjuarai GV musim lepas, Jaclyn Victor juga tidak mampu menolak untuk kembali menyertai GV untuk tahun kedua berturut-turut.

“Saya mencuba untuk katakan tidak, tetapi tak berjaya. GV merupakan sesuatu yang sangat besar buat saya. Mula-mula dulu memang saya tak nak masuk. Tetapi sekarang ini bila saya dah masuk, saya dah tahu apa itu sebenarnya GV.

“GV ibarat sebuah universiti buat kami sebagai penyanyi. Walaupun kita dah menyanyi beratus tahun sekali pun, tetap akan ada benda baru yang akan kita pelajari,” ujarnya.

Menariknya, kesemua juara ini akan bertanding dengan lima lagi bekas peserta GV yang akan diundi oleh rakyat Malaysia. Mereka terdiri daripada Top 4 finalis dari setiap musim.

Juara untuk GV ‘All Stars’ juga akan membawa pulang hadiah yang lebih lumayan dari musim-musim terdahulu iaitu wang tunai bernilai RM200,000 sementara barisan juri pada tahun ini masih kekal menjadi milik Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Bagaimanapun, ada perubahan yang akan berlaku pada pengacara GV tahun ini yang hanya akan didedahkan pada konsert minggu pertama, iaitu 24 September di Astro Ria.

Konsert akhir GV tahun ini juga akan berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil. – 29 Ogos, 2023.

Topics

 

Popular

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related