◉ HEADLINES

Abang ‘sado’ bomba curi tumpuan, berarak sambil tayang otot

Abang bomba juga membawa bersama ayat-ayat manis ‘api itu panas tapi kamu penyejuknya’

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kehadiran abang bomba pada perarakan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya berjaya mencuri tumpuan ramai apatah lagi apabila mereka menayangkan otot di atas jentera bomba.

Mendapat jolokan ‘abang sado’ sejak perarakan pada tahun lepas, kali ini kehadiran mereka terus mendapat tepukan meriah daripada penonton.

Mereka turun dengan membawa bersama sepanduk ‘Abang Bomba love You’ dan ‘Sayang kamu ketat-ketat’ yang ditujukan kepada peminat yang beratur untuk menyaksikan pasukan beruniform ini.

Anggota bomba ketika melintasi pentas utama pada perarakan Hari Merdeka, di Dataran Putrajaya, hari ini. -Gambar Scoop, 31 Ogos, 2023

Abang bomba ini juga membawa bersama ayat-ayat manis ‘api itu panas tapi kamu penyejuknya’ sekali gus mendapat sorakan hebat.

Mereka merupakan sebahagian daripada pasukan beruniform yang berarak pada perarakan Hari Merdeka 2023 yang diadakan di Dataran Putrajaya hari ini. – 31 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related