HEADLINES

MCMC teliti aduan kandungan video, parodi berkait GISBH: Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini MCMC belum memaklumkan secara keseluruhan aduan yang diterima setakat ini

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meneliti kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir pengguna.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini MCMC belum memaklumkan secara keseluruhan aduan yang diterima setakat ini.

“Ini buktikan rakyat Malaysia sangat kreatif, dari segi itu waktu ini pihak MCMC tidak memaklumkan kepada saya tindakan yang akan diambil terhadap kandungan yang tidak secara langsung berkait dengan isu GISBH.

“Dari segi aspek siasatan, MCMC akan mengambil tindakan untuk menurunkan
kandungan atau mengarahkan sebarang tindakan kepada platform media sosial sekiranya menerima arahan daripada pihak polis.

“Kita tak terima aduan setakat ini, lagu-lagu ‘earworm’ berkaitan memes ini tidak ada setakat ini, saya tak dimaklumkan.

“Setakat ini MCMC belum memaklumkan kepada saya secara keseluruhan (sama ada) aduan-aduan yang dah diterima, saya minta MCMC untuk teliti perkara ini,” katanya.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media sosial sehingga mendapat perhatian masyarakat.

Selain itu Fahmi berkata, tidak boleh dinafikan media sosial memainkan peranan dalam usaha untuk membanteras kegiatan seperti GISBH.

“Dimaklumkan entiti tersebut berubah beberapa kali dan mereka mungkin melakukan penyamaran aktiviti.

“Apabila banyak video dimuat naik di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai maka ia juga datang ke perhatian kerajaan dan badan-badan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet turut menyentuh isu berkait GISBH dengan beberapa maklumat terkini dimaklumkan Menteri Agama dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terutama mengenai tahap keselamatan dan kesihatan kanak-kanak yang berada dalam jagaan kerajaan.

“Jemaah Menteri akan terima maklumat terkini dari masa ke semasa.

“Cuma memandangkan ada beberapa perkara dalam siasatan polis dan tindakan di mahkamah saya hanya boleh jawab sampai situ,” katanya. – 25 September, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related