◉ HEADLINES

MCMC ambil keterangan tiga pempengaruh beri sisa makanan pada gelandangan

Sebanyak tiga unit telefon bimbit dan tiga keping kad SIM telah disita bagi membantu siasatan

6:22 PM MYT

 

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Dalam kenyataannya, MCMC berkata, sesi rakaman keterangan serta siasatan lanjut telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

“Sebanyak tiga unit telefon bimbit dan tiga keping kad SIM telah disita bagi membantu siasatan,’’ katanya.

Terdahulu tular klip video yang memaparkan tiga lelaki meletakkan tulang ayam yang dimakan ke dalam sebungkus nasi dan kemudian memberikan sisa tulang dan nasi kepada seorang gelandangan yang terbaring di sebuah lorong.

Pempengaruh tersebut kemudiannya memberikan kepingan ayam kepada seekor anjing.

Video berkenaan telah mencetuskan kemarahan ramai, dengan pelbagai pihak mahu tindakan tegas diambil ke atas pempengaruh terbabit. Ini kerana kandungan video terbabit bukan hanya tidak berperi kemanusiaan malah merendahkan martabat manusia.

Dalam pada itu, MCMC berkata, kandungan tersebut dipercayai bersifat jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet, selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,’’ katanya.

Suruhanjaya berkenaan berkata, ia akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif literasi digital melalui Kempen Internet Selamat (KIS), bagi membentuk masyarakat yang celik digital, beretika dan bertanggungjawab.

“Inisiatif ini turut menyemai budaya penciptaan kandungan yang berhemah, beretika dan beradab, selain meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai murni dalam ekosistem digital negara,’’ katanya. – 5 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related