HEADLINES

Kerajaan digesa asing kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya

Pengasingan itu boleh mengelakkan perdebatan, kesangsian campur tangan kerajaan dalam kes mahkamah

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa segera melaksanakan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan Malaysia.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata, langkah itu penting supaya tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campur tangan dalam kes mahkamah.

“Kerajaan perlu segerakan reformasi terhadap peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang terletak pada individu sama. Ia perlu dipisahkan supaya keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan semakin meningkat.

“Melalui langkah ini, tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campur tangan dalam kes mahkamah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Chua Wei Kiat berkata, melalui pengasingan kuasa, tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campur tangan dalam kes mahkamah – Gambar Facebook, 5 September, 2023

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 70, daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kes dana Yayasan Akalbudi diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Wei Kiat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang berkata, keputusan Peguam Negara memberhentikan semua prosiding terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengejutkan rakyat.

“Saya mempunyai pemikiran sama dengan Hakim, Collin Lawrence. Jika pihak pendakwaan tidak dapat bukti kukuh atau tidak ingin meneruskan lagi pertuduhan ini, masa kehakiman yang berharga akan menjadi sia-sia.

“Malah, duit pembayar cukai, iaitu rakyat juga akan dibazirkan,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Subang, Wong Chen melihat kepada keperluan reformasi institusi dilaksanakan segera bagi memastikan agenda perubahan mengenai tadbir urus lebih baik, ketelusan dan akauntabiliti dapat diterjemahkan.

Katanya, semua pihak perlu memastikan undang-undang diluluskan di Parlimen supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara, bebas serta berfungsi tanpa pengaruh politik.

Wong Chen pula berkata, semua pihak perlu memastikan undang-undang diluluskan di Parlimen supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara, bebas serta berfungsi tanpa pengaruh politik – Gambar Facebook, 5 September, 2023

“Khususnya, Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan. Peguam Negara berfungsi sebagai ketua penasihat kepada kerajaan dalam hal perdagangan komersial, sivil dan antarabangsa, manakala Pendakwa Raya mengendalikan badan pendakwaan awam yang bebas, bertanggungjawab hanya kepada Parlimen.

“Bagi SPRM, lantikan kanan mesti ditapis Parlimen dan semua aktivitinya bertanggungjawab kepada Parlimen. Kedua-dua pembaharuan ini adalah asas.

“Kita perlu bergerak pantas dengan pembaharuan ini perlu dilakukan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya akan terus menggesa dan mendesak kerajaan saya untuk melaksanakan pembaharuan ini,” katanya. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related