HEADLINES

Penceramah motivasi popular ditahan, guna nombor pendaftaran palsu elak disaman

Perbuatan penceramah itu mengakibatkan saman terkumpul berjumlah lebih RM12,600, sejak September 2023 kepada pemiliknya

6:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penceramah motivasi popular ditahan selepas dikesan menggunakan pendaftaran diubah suai bagi mengelakkan dikesan sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, tindakan penceramah berkenaan mempunyai ramai pengikut di media sosial itu, mengakibatkan saman terkumpul berjumlah lebih RM12,600, sejak September 2023 kepada pemiliknya yang mempunyai nombor pendaftaran yang hampir sama.

Memetik Bernama, Muhammad Kifli berkata, penceramah itu dikesan menggunakan nombor pendaftaran tulen pada bahagian hadapan kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya, tetapi memasang nombor plat hampir sama pada bahagian belakang dengan menggugurkan satu huruf bagi mengelirukan sistem AWAS.

“Kes ini dikesan selepas pemilik nombor pendaftaran hampir sama yang berasal dari Perlis disenarai hitam akibat saman yang bukan dilakukan olehnya.

“Pemilik asal membuat laporan selepas dikenakan tindakan senarai hitam atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan hasil siasatan kami mendapati ia dilakukan oleh kenderaan lain yang sama jenis dan model tetapi berwarna berbeza,” katanya pada sidang media di Stesen Penguatkuasa JPJ Kalumpang, Hulu Selangor, hari ini.

Muhammad Kifli berkata melalui risikan dan siasatan, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang pada 9.30 malam, Sabtu lepas, bersama kenderaan terbabit.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati nombor pendaftaran RF pada bahagian belakang kenderaan itu milik individu lain yang mempunyai 42 saman AWAS.

“Lelaki terbabit mengaku mengubah suai nombor plat belakang bagi mengelak dikesan AWAS dan kesemua saman itu kini telah dipindahkan semula kepada kenderaan sebenar,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu, manakala kenderaan turut disita mengikut Seksyen 64(1) akta sama. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related