HEADLINES

Lesen syarikat bas ekspres dibatalkan jika naik tambang: Loke

Loke berkata pihaknya menerima aduan mengenai kenaikan harga tambang itu khusus perjalanan dari ibu kota ke Pantai Timur

6:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lesen mana-mana syarikat bas ekspres yang sengaja menaikkan harga tambang bagi kategori ekonomi menjelang Aidilfitri akan dibatalkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kenaikan berkenaan oleh pengendali syarikat bas ekspres daripada orang ramai terutama perjalanan dari ibu kota menghala ke Pantai Timur sempena Hari Raya.

Berikutan itu, beliau telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyiasat syarikat bas terbabit.

“Perkhidmatan bas ada dua jenis kategori, iaitu bas ekonomi dan eksekutif. Kalau bas ekonomi, (harga) tambang memang dikawal dan tidak boleh naik sesuka hati. 

“Satu lagi kategori, bas eksekutif, ada perkhidmatan tambahan (dan harga tiket ini) memang tidak dikawal. (Walaupun tidak dikawal, kategori) eksekutif pun kita akan lihat, kalau harga naik keterlaluan, kita akan ambil tindakan. 

“Kita kena siasat dulu apa kategori kenaikan tambang ini,” katanya, lapor Bernama.

Beliau demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga tambang bas ekspres sehala dari ibu kota ke Pantai Timur sempena Aidilfitri yang didakwa meningkat dua kali ganda selepas Program Pertukaran Topi Keledar di Jerantut hari ini.

Loke turut memberitahu, pengendali bas ekspres telah diberikan kebenaran untuk mengenakan surcaj 10% ketika tempoh perayaan dan tidak boleh lebih daripada itu. 

Pada 22 Mac 2024, Loke dilaporkan berkata surcaj 10% bagi tambang bas ekspres pada musim perayaan dibenarkan dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk tambahan kapasiti perkhidmatan bas dan pembayaran bagi sewa bas.

Beliau berkata kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksanakan sejak 20 tahun lepas iaitu dibenarkan seminggu sebelum dan seminggu selepas hari perayaan.

Dalam pada itu, Loke berkata operasi bersepadu sempena Aidilfitri akan dilaksanakan mulai 24 Mac hingga 8 April ini di seluruh negara yang bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang. 

“Ada beberapa kawasan telah kita kenal pasti sebagai hotspot, di Pahang sahaja ada 36 lokasi. Kita akan menempatkan pegawai (dan anggota) JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di (lokasi) hotspot tersebut,” katanya. – 18 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related