HEADLINES

Henti ambil kesempatan ke atas isu stoking tertera kalimah Allah: Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka bertitah, adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan

6:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menegaskan semua pihak berhenti mengambil kesempatan ke atas isu sarung kaki tertera kalimah Allah.

Titah Seri Paduka, perkara itu juga sedang melalui proses perundangan.

“Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.

“Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah, adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.

“Kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang.

“Ajaklah rakyat ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Inilah peluang untuk mendapat pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang majmuk, agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah Sultan Ibrahim.

Sebelum ini Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Justeru Seri Paduka mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Semalam, syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd dan tiga pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan bersubahat melukakan perasaan agama orang Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

Bagaimanapun, tiga beranak itu, Soh Chin Huat, 61, isterinya, Goh Li Huay, 62 dan anak mereka, Soh Hui San, 36, mengaku tidak bersalah sejurus selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sengaja melukakan perasaan agama Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran dan dilihat seorang lelaki berusia 32 tahun. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related