Fadzli dijangka dilantik MB Kelantan yang baharu, Nassuruddin timbalan

“Ia dilihat gabungan terbaik teknokrat dan agamawan dalam memperkenalkan dan melaksanakan dasar terbaik kepada rakyat’’, sumber

2:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mohamed Fadzli Hassan dijangka dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu manakala Mohd Nassuruddin Daud pula sebagai sebagai Timbalan Menteri Besar.

Sumber pimpinan PAS Kelantan memaklumkan nama berkenaan telah diputuskan menerusi mesyuarat jawatankuasa harian PAS dan pusat yang turut dihadiri oleh presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam.

Menurut sumber itu, Fadzli, 55, adalah bekas Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi sementara Nassuruddin, 58 pernah memegang jawatan sebagai Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Kelantan sebelum ini.

“Meskipun saya tidak tahu siapa calon ketiga yang akan dipersembahkan kepada Sultan namun saya yakin kepimpinan tertinggi akan memberi pandangan kepada Sultan bahawa Fadzli adalah calon yang layak menjadi Menteri Besar berdasarkan pengalamannya sebagai golongan teknokrat.

“Timbalan Menteri Besar pula adalah Nassuruddin yang merupakan golongan agama. Ia dilihat gabungan terbaik teknokrat dan agamawan dalam memperkenalkan dan melaksanakan dasar terbaik kepada rakyat.

“Bagaimanapun perkara ini perlu mendapat perkenan Sultan Kelantan terlebih dahulu. Kita takut ia berlaku sebaliknya dan kepimpinan perlu mencari pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Sumber tersebut juga berharap penduduk Kelantan tidak mewujudkan spekulasi terhadap calon-calon bagi jawatan terbabit hingga boleh menyebabkan ketegangan dan perpecahan.

“Kita mengharapkan agar semua rakyat di Kelantan bersabar, apa yang penting, Menteri Besar dan timbalannya dilantik di kalangan wajah baharu, tiada lagi Datuk Ahmad Yakob atau Datuk Mohd Amar Nik Abdullah walaupun dari segi hierarki, beliau adalah Naib Presiden PAS.

“Ini kerana pimpinan PAS pusat mahukan dua jawatan itu, pemimpinnya dilantik di kalangan agamawan dan teknokrat. Amar memang tidak dipilih pun. Justeru, kita nantikan keputusannya. Kemungkinan esok rakyat Kelantan sudah ada menteri besar baharu,” katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini mengumumkan, Kelantan dijangka mempunyai Menteri Besar atau Timbalan Menteri Besar baharu dengan gabungan agamawan dan teknokrat untuk mengisi jawatan terbabit.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baharu itu akan diadakan pada jam 3 petang esok. – 14 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related