◉ HEADLINES

Tular surat dakwa Adun Skudai, Marina Ibrahim ditawar bertanding di Dun lain pada PRN Johor

Surat berkenaan didakwa dari Marina kepada Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan kini tular di media sosial

6:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengumuman mengejut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim, untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan berundur daripada dunia politik telah mencetuskan pelbagai spekulasi.

Khabar angin tersebar bahawa Marina, wakil rakyat DAP yang menang di DUN Skudai pada 2022, didakwa ditawarkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) lain iaitu Tiram .

Memetik laporan berita 8TV news, sepucuk surat yang dikatakan dari Marina kepada Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching kini tular di media sosial.

Surat berkenaan, bertarikh 30 Mei, bertajuk ‘Menolak tawaran bertanding di Tiram dan mengundurkan diri daripada politik’.

Dalam surat berkenaan, ia mendakwa Teo dan Setiausaha DAP Johor, Tseng Kah Eng, menawarkan Marina bertanding di kerusi DUN Tiram dan menyatakan jika beliau tewas, Marina akan diberikan jawatan dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), seperti perbincangan yang dikatakan diadakan pada 17 Mei lalu.

“Saya tidak membuat keputusan menolak tawaran secara bersendirian, saya ambil keputusan ini setelah berbincang dengan ahli saya yang menjadi tulang belakang semenjak awal saya berada di Skudai

“Akhir kata, saya mendoakan kejayaan kepada setiap calon yang bertanding pada PRN Negeri Johor akan datang ini.

“Saya melangkah masuk ke dalam DAP sebelum ini dengan satu harapan yang jelas tentang apa yang diimpikan sebagai rakyat Malaysia. Saya juga berharap sebagai pemimpin kita tidak sekali lupa kenapa dan sebab apa pengundi memberikan kepercayaan kepada kita,’’ demikian kandungan surat berkenaan.

Terdahulu, Marina hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan berundur daripada dunia politik. 

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan individu yang sentiasa berada bersamanya sepanjang perjalanan politiknya. 

Marina berusia 34 tahun ketika memenangi kerusi Skudai dengan majoriti lebih 13,000 undi, mengatasi pencabar terdekatnya daripada MCA-Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan tiga penjuru. – 31 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related