◉ HEADLINES

Polis panggil saksi bantu siasatan pengamal media dikasari di Johor

Ketika ini siasatan terperinci sedang dilaksanakan oleh pihak polis

8:14 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan memanggil seorang saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan insiden dua pengamal media di Johor yang dikasari pegawai pengiring seorang menteri pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika ini siasatan terperinci sedang dilaksanakan oleh pihak polis. 

“Pihak polis telah membuka siasatan dalaman dan memanggil seorang saksi untuk dirakam percakapan. 

“Terpulang kepada mangsa hendak membuat laporan polis atau tidak. Pihak berkuasa tetap akan melaksanakan siasatan secara teliti,” katanya ketika ditemui media di pusat penjumlahan peti undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini. 

Semalam media melaporkan bahawa dua wartawan wanita mendakwa menjadi mangsa kekasaran beberapa pegawai pengiring seorang menteri ketika membuat liputan program kempen PRK di Taman Anggerik dan Taman Dahlia di Johor Bahru pada Selasa.

Pegawai pengiring terbabit didakwa menghalang mereka ketika sidang media diadakan termasuk menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang membuat rakaman. 

Dalam pada itu, Ayob berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang telah keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. 

“Setakat ini tiada ancaman sebab itu bebas keluar undi dan sentiasa melaksanakan kawalan bagi memastikan keselamatan pengundi proses pilihanraya,” katanya. – 9 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related