HEADLINES

Usul DNAA Zahid, Dewan Rakyat bermula kecoh

Johari bagaimanapun menegaskan Wan Ahmad Fayhsal akan diberikan ruang untuk bercakap mengenai usul tersebut

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembukaan persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila blok pembangkang mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai notis usul tergempar keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Notis usul dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu yang turut bangun untuk mencelah sebelum sidang bermula bagi bertanyakan mengenai status usul terbabit.

Bagaimanapun Johari menegaskan usul itu sudah ditolak, tetapi memaklumkan akan memberi ruang kepada Wan Ahmad Fayshal untuk bercakap selepas urusan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai.

“Keputusan saya, saya akan beri ruang kepada Machang sebentar lagi.

“Yang berhormat sabar, sabar itu (separuh daripada) iman.

“Saya akan bagi ruang, apa sahaja nak sebut lepas PM bentang (KSP),” katanya.

Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PN) kemudian mencelah bertanyakan sama ada Johari menerima usul berkenaan atau tidak, sambil memaklumkan tiada sesi soal jawab selepas pembentangan oleh Perdana Menteri.

Johari bagaimanapun menegaskan Wan Ahmad Fayhsal akan diberikan ruang untuk bercakap.

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Speaker, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kemudian mencelah sama ada usul dibawa Ahli Parlimen Machang itu boleh dibahas atau tidak, sambil membuat sindiran mengenai monyet.

Tindakan itu kemudian dibantah Mohd Sany Hamzan (Kuala Langat- PH) yang memaklumkan sindiran Hamzah itu tidak kelakar, sebelum Johari sekali lagi menenangkan sidang dewan.

Sebelum ini, Johari mengesahkan menerima notis usul Wan Ahmad Fayhsal dan sedang menelitinya. –  11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related