HEADLINES

Muhyiddin selesai beri keterangan kepada PDRM berhubung isu fatwa

Keterangan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, diambil di pejabatnya di bangunan Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini pagi tadi

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi keterangan kepada pihak polis, berhubung isu fatwa beliau yang mengharamkan mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai minggu lepas.

Keterangan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, diambil di pejabatnya di bangunan Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini pagi tadi.

Terdahulu Muhyiddin dilihat memasuki bangunan berkenaan pada pukul 9.28 pagi dan meninggalkan bangunan berkenaan pada pukul 10.25 pagi.

Muhyiddin hanya tersenyum dan mengangkat tangan isyarat bagus, ketika ditanya pemberita yang berkumpul di bangunan berkenaan sejak pukul 9 pagi mengenai rakaman keterangan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan rakaman kenyataan berkenaan telah selesai, dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Pada 2 Sept lepas, Ahli Parlimen Pagoh itu semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa “haram memberikan undi kepada Suhaizan.”

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suhaizan menang dengan majoriti 18,641 undi, sekali gus membolehkan parti itu mempertahan kerusi PH itu dengan memperoleh 48,283 undi, bagi menewaskan dua pencabarnya iaitu Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi yang masing-masing mendapat 29,642 undi serta 528 undi. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Balancing act: honouring Jalan Sultan’s past and embracing contemporary needs 

Laden with history, Sultan Street was the first point of entry along the main artery into the town – High Street, today known as Jalan Tun H.S. Lee, and also the first point of entry for Chinese migrants into the city from the river

Related