HEADLINES

Bila kita kekalkan Idrus mengapa tak bising, Guan Eng tempelak pembangkang isu DNAA Zahid

Pengerusi DAP itu turut meminta pembangkang supaya berhenti mempersoalkan perkara tersebut di Dewan Rakyat

12:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menemplak sikap pembangkang yang hanya ‘membuat bising’ selepas mantan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Pengerusi DAP itu turut mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen pembangkang tidak membantah keputusan Kerajaan Perpaduan mengekalkan jawatan Idrus sebelum ini.

“Saya tak faham kenapa Putrajaya (Datuk Radzi Jidin) bising? Peguam negara tidak ditukar, peguam negara dilantik kerajaan lepas dan dikekalkan kerajaan Perpaduan. So (jadi) janganlah ada double standard.

“Bila kita kekalkan lantikan kerajaan lama mengapa tak bising? Hanya bising bila tak berpihak kepada anda,” katanya menjawab soalan Radzi yang bertanya sama ada beliau menjangkakan Pendakwa Raya dan Peguam Negara akan ditukar jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama, beliau turut meminta pembangkang supaya berhenti mempersoalkan perkara itu Dewan Rakyat.

“Saya rasa janganlah berpolitik di sini, ini tak guna kerana ia tidak akan bawa kebaikan kepada negara,” katanya.

Sebelum itu, Guan Eng turut menuntut Peguam Negara yang baharu dilantik, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk memberi penjelasan lanjut berhubung keputusan DNAA Zahid.

Menurutnya, penjelasan lebih lanjut akan dapat meyakinkan rakyat kerana kerajaan perlu mengakui banyak pihak tidak berpuas hati termasuk Majlis Peguam terhadap keputusan berkenaan.

Sementara itu, Guan Eng juga berharap kerajaan menetapkan tempoh setahun untuk menyempurnakan pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara.

“Hanya langkah seperti itu akan dapat meyakinkan rakyat bahawa reformasi masih membara bukan seperti dilaungkan pihak tertentu.

“Sudah tentu dengan adanya jawatankuasa ditubuhkan akan dapat meyakinkan rakyat mengenai niat baik Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata syor pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya sudah dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk penelitian lanjut.

Jelasnya, satu kertas kerja sudah dibentangkan di Kabinet beberapa bulan lalu, sebagai proses bagi memperoleh sokongan syor berkenaan.

Justeru, beliau berkata, proses tersebut memerlukan masa panjang selain menelan kos yang tinggi. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related