HEADLINES

3 wanita warga emas maut dalam kemalangan di Segamat

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu turut menyebabkan 11 orang cedera, termasuk 4 kanak-kanak

8:17 AM MYT

 

SEGAMAT – Tiga wanita warga emas maut manakala 11 mangsa lain, termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Tenang Stesen, Labis, di sini, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamad berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 5.16 petang, seramai 18 anggota BBP Labis dan Bandar Baru Segamat digegaskan ke lokasi, bersama dua jentera Fire Rescue Tender FRT serta dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, didapati terdapat kemalangan membabitkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Alza, Toyota Hilux dan Honda Jazz.

“Tiga individu maut adalah wanita dewasa, manakala tujuh mangsa cedera terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan cedera.

“Turut cedera dua lelaki yang menaiki Toyota Hilux dan seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki Honda Jazz,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa cedera dihantar ke Hospital Daerah Segamat dan operasi ditamatkan pada jam 6.26 petang,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 60-an dan 80-an serta berasal dari Simpang Renggam, Kluang dan Benut, Pontian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

“Kita sedang kenal pasti semua identiti mangsa dan punca kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related