HEADLINES

SPRM tahan pengetua, ketua pembantu tadbir terima rasuah lebih RM17,000

Kedua-dua individu tersebut kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM

9:02 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengetua sekolah dan ketua pembantu tadbir sekolah kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000, awal tahun ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kluang kira-kira jam 7 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, lelaki terbabit telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penyelenggaraan pagar di asrama sekolah kepada syarikat milik kontraktor tersebut, Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua individu tersebut kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related