HEADLINES

Belanjawan 2024: Cuepacs mohon gaji penjawat awam naik RM300, bonus sebulan setengah

Kenaikan gaji itu perlu diberikan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan.

Kesatuan itu turut berharap kerajaan memberikan bonus minimum satu bulan setengah kepada penjawat awam, yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji itu perlu diberikan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa, sementara menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025. 

“Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata Cuepacs memahami kekangan kerajaan, tetapi pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan bagi meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.

Pada pembentangan belanjawan itu, Cuepacs turut memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.

“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.

“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir. Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya. – 20 September, 2023

Topics

 

Hangat

TMJ joins FIFA President at thrilling Intercontinental Cup Final in Qatar

His Royal Highness Tunku Ismail strengthens Malaysia’s global football presence by attending PSG’s dramatic Intercontinental Cup win and meeting FIFA president Gianni Infantino

Khazanah: A pattern of liquidation after a series of failed investments

With one failed investment after another, a disturbing pattern seems to emerge with Khazanah rather going into liquidation than fulfilling its contractual obligations.

Kesuma’s 100-day labour reforms win Malay Chamber of Commerce support

Group hails swift government action on worker welfare and calls for expanded protections

Related