◉ HEADLINES

Sebahagian wang pinjaman 1MDB masuk ke akaun Najib: Penganalisis BNM

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan “880”, antara 23 Jun 2014 hingga 17 Disember 2014

6:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebih £9.45 juta wang pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata wang itu daripada dua syarikat asing, Blackrock Commodities (Global) Ltd dan Vista Equity International Partners, dikuasai Eric Tan Kim Loong, yang didakwa sebagai rakan perniagaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan “880”, antara 23 Jun 2014 hingga 17 Disember 2014.

“Blackrock memindahkan £750,000 juta (RM4,093,500 mengikut kadar pertukaran ketika itu) pada 19 Jun 2014, manakala Vista Equity memindahkan £8,706,021.92 juta (RM45,825,918.13 pada kadar pertukaran ketika itu) ke dalam akaun yang sama melalui lima transaksi,” katanya.

Menurut pernyataan pembukaan pihak pendakwaan pada permulaan perbicaraan pada 2019, ia menyatakan jumlah tersebut (£9.45 juta) asalnya daripada 1MDB melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Ltd, yang memperoleh dua pinjaman berjumlah US$1.225 bilion daripada Deutsche Bank Singapura.

Adam Ariff berkata akaun “880” Najib mempunyai RM100,000 sebelum £750,000 (RM4,093,500) didepositkan.

Saksi itu berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang pada perbicaraan Najib membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Najib, 70, hadir di mahkamah memakai sut biru dan bertali leher. Beberapa penyokongnya dilihat duduk di galeri awam di mahkamah.

Bekas perdana menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 9 Okt. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related