HEADLINES

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Bob Sentuhan Buskers menyifatkan mereka sukar untuk bergerak, mencari makan serta menghiburkan peminat serta orang awam di kawasan terbabit

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Perkara itu diluahkan oleh pemuzik jalanan atau ‘busker’ terkenal, Bob Sentuhan Buskers yang menyifatkan mereka sukar untuk bergerak, mencari makan serta menghiburkan peminat serta orang awam di kawasan terbabit.

Bob Sentuhan Buskers atau nama sebenarnya, Muhamad Aizad Azman, 33, ketika ditemui Scoop berkata, pihak berkuasa juga perlu menetapkan kawasan yang boleh dijalankan kegiatan busking di ibu kota.

“Di Bukit Bintang ini, kawasannya agat padat. Buskers pun dah agak ramai. Jadi, sebab itu, saya harap pihak tertentu khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dapat tambahkan lagi ‘spot busking’.

“Antara ‘spot busking’ yang saya rasa sesuai adalah di kawasan sekitar Pavilion. Dengan adanya ‘buskers di kawasan ini, ia bukan sahaja dapat memanfaatkan lagi industri busking di negara, tetapi ia juga dapat dijadikan tarikan kepada orang luar untuk mempromosikan Malaysia,’’ katanya.

Bob yang lebih 20 tahun menghiburkan orang ramai sebagai pemuzik jalanan dengan Bukit Bintang dan pusat beli-belah Sogo, sebagai lokasi ikoniknya menyifatkan 2024 sebagai tahun mencabar kepada golongan buskers kerana ketiadaan ‘spot busking’.

Malah, kata Bob, biarpun mereka hanyalah golongan pemuzik jalanan, namun mereka juga perlu mendapatkan permit untuk membuat persembahan.

“Permit ini hanya dikeluarkan pihak penguatkuasa di sesebuah daerah atau negeri dan hanya boleh digunakan tempat yang kita sudah berdaftar sahaja.

“Saya terbuka jika adanya saranan untuk mewujudkan lesen kerana ia boleh digunakan di mana-mana tempat dan tidak tertakluk di bawah pentadbiran sesuatu pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja.

“Tapi, pada masa yang sama, saya berharap jika ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lesen persembahan untuk pemuzik ‘buskers’, mereka perlu benar-benar bertanggungjawab terhadap kebajikan kami.

“Seperkara lagi, mereka juga perlu adil dan tidak seharusnya mengenakan caj bayaran yang tinggi kerana punca rezeki kami hanyalah bermain muzik di jalanan,” katanyai. – 12 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related