Saya tidak pergi kelas lakonan, cuma belajar di set lokasi, Tracie Sinidol dedah pengalaman jayakan watak utama pertama dalam Luruhnya Bunga Cinta

Kata Tracie, watak Nuha di dalam drama yang yang diadaptasi dari siri Korea popular, Auntum In My Heart itu benar-benar mencabar dirinya

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  — Pertama kali membawakan watak utama dalam drama Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasi dari siri Korea popular, Autumn In My Heart, benar-benar menguji bakat dan kemampuan Tracie Sinidol untuk bergelar pelakon.

Bahkan, juara Dewi Remaja 2020 ini mengakui menjadikan set lokasi drama Autumn In My Heart itu sebagai tempat untuk mempelajari dan menggali ilmu bagi menjayakan watak Nuha yang asalnya adalah watak Eun-suh yang dijayakan aktres Song Hye-kyo.

Drama bersiri 20 episod ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Nabila Razali, Bella Lina, Auni Yusrii dan Aniq Durar – Gambar ihsan TV3, 20 September, 2023

“Berlakon kali pertama sebagai watak utama memang satu cabaran buat saya. Saya banyak belajar di set dengan mendapat tunjuk ajar daripada pelakon lain khususnya Redza Rosli. Saya juga banyak membuat rujukan watak saya dalam Autumn In My Heart untuk mendapatkan ekspresi wajah yang tepat.

“Saya juga banyak belajar untuk menguasai loghat Semenanjung. Saya belajar berulang kali supaya dapat slang yang betul. Tiada kelas lakonan yang hadiri. Cuma belajar banyak daripada drama-drama yang saya tonton,” katanya.

Gadis kelahiran Keningau ini juga mengakui adakalanya dia berada gementar untuk berhadapan dengan pengarah iaitu Muhamad Riza Baharudin sewaktu berada di set lokasi.

Tracie akui, untuk menjiwai wataknya dalam drama ini, antara lainnya dia belajar di set dengan mendapat tunjuk ajar daripada pelakon lain khususnya Redza Rosli – Gambar Instagram Tracie Sinidol, 20 September, 2023

“Saya memang takut dengan pengarah. Jadi, saya akan menyapanya terlebih dahulu untuk meringkankan tekanan. Kita juga akan bincang dahulu, apa yang harus dilakukan. Kalau banyak kali saya buat silap dan banyak kali take diambil, saya akan bertanya pengarah apa yang dia mahukan.

“Kita kena saling bertanya atau saling berbincang supaya keadaan menjadi selesa. Awal-awal, saya rasa pengarah macam garang. Tapi, sebenarnya tidak. Apa yang dia lakukannya sebenarnya adalah kerana mahukan yang terbaik daripada kita,” katanya.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Nuha, Tracie mengakui adakalanya dia menghadapi tekanan untuk menjayakan watak tersebut.

Menafikan dia mendapat watak tersebut kerana iras wajahnya yang sama dengan Mira Filzah, Tracie menjelaskan, dia turut menghadiri uji bakat yang dilakukan untuk Luruhnya Bunga Cinta – Gambar ihsan TV3, 20 September, 2023

“Saya rasa sangat stres sebab watak Nuha ini penuh dengan emosi dan adakalanya saya stres sebab waktu melakonkan watak ini mereka kata saya masih lagi menjadi Tracie dan bukan Nuha.

“Saya dah tengok drama Autumn In My Heart dan sudah belajar. Tapi, mereka tetap nampak saya sebagai Tracie dan bukannya Nuha. Tapi, lepas berbincang baru saya tahu apa pengarah mahukan.

“Kalau banyak babak sedih dan menangis yang perlu saya jayakan, awal-awal lagi perasaan saya sudah sebak. Sebab saya mahu ambil mood tersebut. Nak bawa mood sedih memang sukar. Jadi bagi saya karakter Nuha memang sangat mencabar. Terlalu banyak babak air mata dan terluka,” katanya

Menafikan dia mendapat watak tersebut kerana iras wajahnya yang sama dengan Mira Filzah, Tracie menjelaskan, dia turut menghadiri uji bakat yang dilakukan untuk Luruhnya Bunga Cinta.

“Saya datang uji bakat sebanyak dua kali. Sebenarnya saya tidak sangka pun akan dipilih untuk membawakan watak utama.

“Masa mula-mula datang uji bakat, mereka hanya suruh saya baca skrip dengan mood emosi sambil menangis. Saya hanya lakukan seperti yang diminta.  Tiba-tiba, mereka hubungi saya dan tanya boleh tak saya pegang watak Nuha.

“Sudah tentu saya terkejut. Saya? Dalam banyak-banyak sayakah? Seriuskah? Mereka kata: Ya! Kamu. Saya tidak tanya kenapa mereka pilih saya tapi saya percaya bila mereka pilih saya bermakna mereka meletakkan kepercayaan pada diri saya dan saya perlukan lakukan yang terbaik dan tidak mengecewakan mereka,” katanya.

Drama bersiri 20 episod terbitan Global Stations Sdn Bhd yang turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Nabila Razali, Bella Lina, Auni Yusrii dan Aniq Durar ini mula ditayangkan di slot Akasia, TV3, semalam. – 20 September, 2023

Topics

Popular

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak sensitif mengenai isu Palestin atau tidak cakna tentang All Eyes on Rafah sewaktu melakukan video live di Instagram (IG) miliknya pada Selasa lalu.

Related