HEADLINES

Kereta terbakar sewaktu memandu bersama isteri dan anak bongsu, Roy Azman akui ia pengalaman ngeri

Roy turut menceritakan detik-detik mencemaskan itu dan bagaimana mereka sekeluarga menyelamatkan diri.

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Roy Azman menyifatkan insiden kereta yang dinaikinya bersama isteri dan anak bongsunya terbakar sebagai pengalaman yang cukup ngeri dalam hidupnya.

Roy bagaimanapun bersyukur kerana mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri ketika kenderaan terbabit terbakar.
Pelakon itu tidak menjelaskan di mana insiden tersebut berlaku dan waktu kejadian.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Roy berkata, dia baru sahaja mengambil kereta itu daripada sebuah bengkel di Ampang selepas membuat servis ‘overhaul’.

“Saya ambil kereta itu pada waktu petang dan kemudian, kami bertiga makan di Puncak Alam bersama rakan-rakan.

“Sewaktu pulang lebih kurang sekitar jam 11 lebih malam, sebuah kereta membunyikan hon untuk cuba memberitahu bahawa kereta saya dah terbakar.

“Tapi, saya tak nampak pun ada api kat bawah, sebab kita tengah memandu. Api itu pula berada di bawah dan ke belakang.

“Namun selepas ada lagi kereta yang bunyikan hon, masa itulah saya nampak api itu. Nak berhenti, tapi break pula kosong, macam tiada fungsi apa. Nasib baik break tangan okay. Tapi, kereta menjajar sikitlah bila dapat berhenti.

“Mujur tidak langgar divider, kalau terpelanting atau terbalik, memang tidak tak tahu apa nak cakap, sebab api tengah kuat dan merebak dengan cepat,” jelasnya dalam satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.

Jelas Roy lagi, sebaik sahaja berjaya keluar dari kereta, dia bergegas mengeluarkan anak dan isterinya daripada kereta tersebut sebelum terus lari untuk menyelamatkan diri.

“Orang kata memang rezeki Allah SWT nak selamatkan kita orang daripada kejadian yang tidak diingini. Bersyukur sangat-sangat. Itulah kejadiannya.

“Tapi, syukur Alhamdulillah semua selamat. Macam kenderaan, memang ‘total lost’. Terbakar sampai habis. Takpe, yang penting keselamatan.

“Kepada semua yang doakan terima kasih banyak-banyak. Ramai sangat telefon. Saya tak boleh angkat pasal tak boleh nak cakap benda yang sama pada semua orang. Jadi, saya ambil kesempatan ni untuk ceritakan kejadian yang berlaku,” katanya.

Roy juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan bertanyakan khabar mengenai dia sekeluarga.

“Yang telefon dan beri mesej Whatsapp terlalu ramai. Terima kasih sangat-sangat, anda semua memang ‘sweet’.
“Terima kasih kepada Datuk EG dan Datin, Heykal Hanafiah dan Faezah Ilai, Usop serta Akmal yang teman dari mula kejadian sampailah saya selesai buat laporan polis dalam jam 6 pagi.

“Ini pun tak tidur lagi sebab pergi buat urusan semua. Ni sampai kat tempat shooting nak sambung shooting pulak,” katanya. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Targeted RON95 subsidy: what’s the most efficient mechanism?

Economists weigh in on the use of vouchers, cash handouts and a tiered pricing system

Related