HEADLINES

Majikan akan terima insentif tunai jika penuhi keperluan dasar gaji progresif

Majikan perlu terlebih dahulu menaikkan gaji pekerja dan seterusnya menunjukkan bukti barulah kerajaan boleh membayar insentif kepada mereka

11:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majikan akan menerima insentif tunai daripada kerajaan setelah mengemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti telah memenuhi keperluan dasar gaji progresif, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Beliau berkata majikan perlu terlebih dahulu menaikkan gaji pekerja dan seterusnya menunjukkan bukti barulah kerajaan boleh membayar insentif kepada mereka.

“Majikan kena naikkan gaji terlebih dahulu, kemudian tunjukkan bukti, baru kita boleh bayar. Bukannya kerajaan akan bagi insentif bulat-bulat. 

“Insentif berbentuk tunai ini penting bagi menggalakkan majikan untuk menyertai dasar ini terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS). 

“Insya-Allah, oleh kerana peruntukan itu ditentukan oleh kerajaan maka ia dapat mengimbangkan beban kewangan kerajaan juga kerana ia akan dilaksanakan atas dasar ‘first come, first serve’,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Negara, hari ini. 

Inisiatif dasar sistem gaji progresif itu telah diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini. 

Rafizi berkata mana-mana majikan yang memohon dan menepati syarat akan mendapat insentif tersebut tetapi sekiranya kuota itu sudah dipenuhi berdasarkan peruntukan yang diberi kerajaan bagi tahun berkenaan mereka boleh memohon semula pada tahun depan.

Beliau berkata, dasar tersebut juga berkaitan dengan produktiviti kerana pekerja diwajibkan untuk menghadiri latihan peningkatan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan untuk terus kekal dalam daftar gaji progresif. 

“Untuk terus kekal dalam daftar gaji progresif itu mereka perlu memenuhi syarat-syarat latihan supaya bukan sahaja meningkatkan bakat dan kebolehpasaran mereka malah boleh membantu mereka meningkatkan produktiviti ditempat kerja.

“Itu akan mengimbangi keperluan gaji yang lebih baik kepada pekerja tetapi juga untuk berlaku adil kepada majikan supaya majikan juga dapat manfaat dari produktiviti yang lebih baik,” katanya. – 26 September, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related