◉ HEADLINES

PLKN dikembalikan semula? Perlu ada platform lahirkan pemimpin pelapis hebat: Johari

PLKN dimansuhkan pada Ogos 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH)

9:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sudah berbincang dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan untuk meminta kerajaan mengembalikan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menurutnya, perbincangan dengan jawatankuasa itu berhubung perkara berkenaan bertujuan untuk memberi ruang kepada anak-anak muda didedahkan kepada dunia politik dan terlibat dalam membangunkan negara.

“Dulu kita ada PLKN dan Biro Tatanegara (BTN) tapi sudah ditiadakan. Di peringkat sekolah dan universiti pula tidak wujud program sebegini.

“(Jadi) ia perlu dikembalikan supaya anak muda mempunyai platform untuk berbincang mengenai masa depan mereka.

“Orang seperti saya akan pergi, ahli politik yang lain pun akan pergi. Tetapi ke mana anak muda kita akan pergi kalau kita tak menyediakan platform lebih jitu kepada mereka,” katanya dalam program temu bual bersama Astro Awani, semalam.

Susulan itu, Johari berkata, beliau sedia mengambil tanggungjawab mendedahkan anak muda kepada ilmu kepimpinan dalam melahirkan generasi pelapis yang hebat.

“Saya nak lihat anak muda terdedah dengan ilmu kepimpinan, jadi pemimpin baik dan negara kita berada di tahap dan takuk yang betul.

“Ini supaya apabila ekonomi berpindah ke Asia, Malaysia dapat bersama dengan perpindahan ini. Jika kita sama-sama dukung tujuan ini, InsyaAllah kita akan ke sana,” katanya.

PLKN dimansuhkan pada Ogos 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun.

Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018. – 28 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related